10 Jan 2014

The best of 2013

10 PERKARA MENARIK SEPANJANG TAHUN 2013

1. Segmentasi Video Perkahwinan HDSLR

TupaiTV meneruskan tradisi menghasilkan video HDLSR untuk industri kerja kahwin, disamping dengan beberapa majlis korporat dan video eksperimental lain. Liputan tugasan kami telah sampai di seluruh Malaysia dari utara ke selatan dan timur ke barat.

list video job tupaiTV 2013

.

2. 100% promosi secara online

TupaiTV masih kekalkan strategi pengiklanan melalui internet. Majoriti peminat-peminat video perkahwinan adalah internet savvy dan alam siber ini merupakan satu medium yang terbaik untuk memaparkan hasil-hasil kerja kami. Tambahan pula, krew tupaiTV kebanyakkannya mendalami IT, aktif dalam media sosial  dan blogger berpengalaman.

tupaitv ads ikahwin

.

3. Mencari rezeki di Pantai Timur

Setelah 3 tahun ditubuhkan, akhirnya TupaiTV telah beraksi di Terengganu tahun lepas. Teamwork krew tupaiTV telah berjaya mendapat 2 tugasan kerja kahwin dan 1 tugasan majlis korporat di sana. Best dapat makan kopok lekor selepas shooting :)

hanifkarimterengganu

.

4. Melebarkan sayap ke dunia korporat

Pembabitan baru kami pada tahun ini adalah dalam merakam majlis-majlis korporat. Usaha teamwork antara krew dan sekutu telah membuahkan hasil apabila kami dapat mendapat 4 tugasan korporat untuk tahun ini. Walaupun, ia merupakan angka yang kecil, tetapi sedikit sebanyak membakar semangat untuk kami teruskan usaha.

tupaitv helicopter 01

photo 1

.

5. Usahasama strategik dengan syarikat-syarikat lain.

Antara syarikat yang pernah menjalinkan usahasama pada tahun ini adalah Bokehbokeh Videographer, Sweet Pictures, Emwaikee Artnet dan Love Undefined.  Di samping itu, kami amat bertuah dengan kemunculan khas video+photographer Mike (firdaus) dalam bebarapa tugasan kami pada tahun lepas. Tidak lupa juga, kami juga berbangga dapat bertemu ramai photographer2 handalan dan sporting semasa shooting seperti Cubic Foto, QalerCube, AiddiZaliPhotography, dll.

TUPAI TERENGGANU

.

6. Penambahan senjata-senjata Tupai

Antara kelengkapan yang ditambah pada tahun 2013 adalah kamera HDLSR, crane, glideCam, mic dan beberapa lagi. Ini ditambah lagi dengan PC dan laptop bagi menambah produktiviti dan pemasaran.

photo (3)

.

7. Vip dan bahang pilihanraya PRU13

Kami berpeluang berjumpa dengan dengan YB Tian Chua ketika Majlis Perkahwinan Indra & Aini di Cheras dan YB Datuk Rosni Bt Sohar semasa majlis perkahwinan Citra & Adam di DUN Hulu Bernam. Kami juga berpeluang bekerja dengan tokoh sukan Mirnawan Nawawi, Paul Revington, Roslan Jamaluddin dan Kumar Subramaniam. Tidak lupa juga berjumpa dengan artis veteran, Gaya Zakry dan berkerja untuk kumpulan Hijjaz. Di samping itu, kami berkesempatan berjumpa dengan tokoh-tokoh korporat serta pengawai-pegawai tinggi penjawat awam semasa tugasan kami.

Adam & Munirah from tupaiTV.com on Vimeo.

.

8. Membina kekuatan dalam pembikinan filem pendek @ shorties

Kami masih belum secara rasminya masuk ke dalam sepenuhnya dalam bidang pembikinan filem pendek. Tahun lepas kami masih lagi eksperimentasi bidang tersebut. Kami bertindak sebagai editor untuk 2 filem pendek yang telah memenangi hadiah dalam pertandingan video dan menghasilkan 1 save the date serta 1 post wedding  untuk client pada tahun lepas.

Save The Date – Miera + Firdaus from tupaiTV.com on Vimeo.

.

9. Krew baru semangat baru

Kami telah membuka pintu seluas-luasnya untuk kemasukan krew baru. Dalam ramai-ramai yang berminat, cuma seorang sahaja yang terpilih menyertai tupaiTV  pada tahun ini.

photo (7)

.

10. Krew TupaiTV and sekutu 

tupaitv crew & partners

  • Ahmad Firdaus (Sang Pedih) dari sebutan menjadi rebutan - Selaku tulang belakang tupaiTV, beliau telah mendapat banyak jemputan daripada pelbagai group videographer lain yang memerlukan perkhidmatan dan tunjuk ajar beliau. Dalam tahun lepas, genius ini telah berkhidmat untuk 5-6 syarikat sebagai consultant, shooter dan editor. Beliaulah ikon tupaiTV dalam industri videographer perkahwinan.
  • Mohd Tarmizi (Mijie) seni tetap seni – Tahun ini adalah saat paling bahagia bagi beliau. Mendirikan rumah dan dikurniakan cahaya permata yang pertama. Biarpun sudah berkeluarga, bisa keseniannya semakin mengevolusi. Beraksi sebagai Art director dan masih lagi kekal sebagai shooter terbaik TupaiTV.
  • Mior Azhar (Samdol) menjadi kamikaze - Sebagai frontliner TupaiTV, semangat beliau sentiasa melebihi daripada keupayaan diri. Pada tahun ini, beliau telah berjaya memecah rekod perjalanan paling jauh TupaiTV apabila dalam  ulangalik dari KL – Kerteh, Terengganu – KL – Ipoh – Taiping – Ipoh – KL dalam masa 3 hari.
  • Mohd Hilmy (Abg Hilmy) duta TupaiTV – Beliau adalah videographer kegemaran ramai, kesayangan makcik2 dan tumpuan gadis-gadis. Penampilan menarik, hyperaktif, ceria, boleh berkerja secara berkumpulan dan sanggup travel jauh tanpa kira penat adalah kekuatan beliau. Tidak hairanlah, beliau mendapat tawaran kerja daripada Petronas dan kini sedang berada offshore dan menjadi duta TupaiTV.
  • Mior Azmi  (Jimmy) jadi senior – Antara videographer yang banyak beraksi untuk tupaiTV. Kini telah menjadi senior videographer. Malah telah menjadi team leader untuk beberapa tugasan pada tahun lepas. Beliau adalah pelapis terbaik TupaiTV.
  • Hanif Karim (Paiseh) semakin aktif – Merupakan salah seorang photographer panel tupaiTV dan bertindak sebagi ketua bahagian Pantai Timur. Kemunculan beliaulah yang telah memungkinkan kami menembusi pasaran pantai timur pada tahun lepas. Panel photographer terbaik TupaiTV.
  • Khairul Adly berkorban untuk rakyat – Orang paling sibuk pada tahun lepas. Penglibatan politik telah memaksa beliau untuk berehat seketika untuk beraksi bersama TupaiTV. Walaubagaimanpun, beliau sempat beraksi 2-3 kali sebelum dan selepas PRU13. Tahniah diucapkan kerana telah dilantik sebagai Exco Pemuda UMNO Bahagian.
  • Rabanni (Bunny) sahabat selamanya - Bermula dari tolong kawan-kawan, kini Bunny telah terbukti bahwa beliau mempunyai potensi dan berbakat besar dalam videographer. Beliau sentiasa ada saat kecemasan. Videographer backup terbaik & sahabat terbaik TupaiTV.
  • Azraal: Krew terbaru TupaiTV – Asalnya beliau merupakan stakeholder yang menyewakan kamera kepada TupaiTV. Kemudian berjaya memasarkan servis TupaiTV kepada beberapa orang prospek pada tahun lepas dan tahun ini. Memegang jawatan Vice President/Special Officer kepada CEO sebuah GLC, kini beliau adalah Pengarah Strategik TupaiTV dan Trainee terbaik TupaiTV.

.

-TERIMA KASIH KEPADA SEMUA -

.

kredit: Foto oleh kantapedih, hanifkarim & AiddiZali

.

.

Tempah kami segera!

TUPAITV

Videografi untuk Rakyat

VIDEO KAHWIN | VIDEO MATERNITY & NEWBORN | VIDEO AQIQAH & CUKUR JAMBUL | VIDEO HARI JADI | VIDEO MUZIK | VIDEO KORPORAT

Continue reading
http://tupaitv.com/tupaitv.com/wp-content/themes/selecta