07 May 2012

Melebarkan sayap TupaiTV

Alhamdulillah. Selepas berjaya memberikan perkhidmatan terbaik untuk videografi majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah dan sambutan hari jadi. Kini, kami telah mengembangkan lagi perkhidmatan kami. Antara perkhidmatan yang turut disediakan oleh kami adalah;-

1) VIDEO MUZIK INDIE

KeraJahanam – Oxidicide

Band-band indie kini boleh membuat video klip mereka sendiri dengan harga yang berpatutan bersama kami. Kami yakin dapat menghasilkan klip2 untuk muzik indie yang menarik kerana sesuai dengan jiwa kami.

.

2) VIDEO MONTAJ AKTIVITI AMAL


 Bring Joy to Old Folks – UUM

Sesuai dengan moto kami ‘videografi untuk rakyat’, kami menyediakan pakej khas & diskaun istimewa untuk aktiviti-aktiviti persatuan, pendidikan, kerja-kerja amal dan sebagainya.

.

3) PENGIKLANAN


 Ipoh Gangster’s Rock & Roll –  Kayrol Audio System Studio 

Aku dan dia – Proton Gen2 Turbo (masih dalam pembikinan)

Lariskan produk atau perkhidmatan dengan video pengiklanan kami. Storyboard dan skrip ringkas tetapi menarik dan menangkap.

.

4) MTV KARAOKE


Sazidah – Azhar

Kami turut menawarkan perkhidmatan kepada yang berminat untuk menghasilkan MTV karaoke untuk band-band indie, koleksi peribadi atau hadiah kepada seseorang.

.

5) KOMIK DIGITAL

Keabadian Cinta – Abg J & KakWa

Komik digital kami adalah 100% asli hasil lukisan ‘in-house’ kartunis dalam TupaiTV sendiri. Komik digital ini sesuai digunakan di majlis2 keramaian, pengiklanan, tontonan online, hadiah dan sebagainya.

.

6) SAVE THE DATE

So Lonely – Azhar & Ida

Save the date atau video pre-wedding kini sudah menjadi ‘trend’ terbaru dalam perkahwinan masyarakat kita. Dapatkan sentuhan kreatif kami untuk majlis perkahwinan anda pada harga yang berpatutan...

********

Disamping itu, kami turut menyediakan perkhidmatan sampingan seperti suntingan video, fotografi, percetakan bunting/poster/cover DVD, kad kahwin, karikatur pengantin, pembinaan laman web dan rekaan grafik. Semuanya hasil kerja krew-krew tupaiTV yang kini dianggotai oleh Mijie, Firdaus, Mior, Adly dan Hanifkarim.

Untuk tempahan online

TUPAITV

Videografi untuk Rakyat

Continue reading
http://tupaitv.com/wp-content/themes/selecta